“Lambat cucuk duit” – [VIDEO] Pemuda Panik Terkunci Dalam Bank, Tapi Reaksi Kawannya Jadi Perhatian
Friday, June 18, 2021
![“Lambat cucuk duit” – [VIDEO] Pemuda Panik Terkunci Dalam Bank, Tapi Reaksi Kawannya Jadi Perhatian “Lambat cucuk duit” – [VIDEO] Pemuda Panik Terkunci Dalam Bank, Tapi Reaksi Kawannya Jadi Perhatian](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFjpifTlpn12EXJmYQ0fCPable-diq2w7ZdgbKBF18y7oCwad7V2Gan33STTSCXEEkDioWa_A9w0aqclnN_UonbxTBCK0pjtlhNU-qV1j6zFH3ReTBJP8f0CAZL_jglbtxAhEQHI1sUcKu/w600/1624067605760995-0.png)
Seiring dengan arus semasa, sekarang ni kebanyakan urusan jual beli membolehkan kita untuk guna kad kredit atau pun dengan pembayaran e-wallet saja supaya lebih senang untuk kita.
Namun masih ada juga urusan jual beli yang perlu kita gunakan secara tunai, jadinya kenalah juga kita untuk keluarkan duit bila perlu. Tapi korang pernah tak ada pengalaman pelik terjadi, masa nak keluarkan duit daripada bank macam kisah ni?
Ceritanya viral di media sosial baru-baru ini, apabila video tentang seorarng pemuda ni dilihat terkunci dalam sebuah bank.
Menerusi perkongsian di laman TikTok @hafifhiqal, dia dan kawannya pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM.
Lalu dia dilihat menunggu di dalam kereta, sambil santai mendengar lagu manakala kawannya pergi keluarkan duit.
Menurutnya dia saja-saja nak rakam ketika lagu dengar lagu dalam kereta itu, tapi tak sangka dia boleh terakam momen di mana kawannya tak sempat nak keluar dari bank tersebut dan terkunci di dalam.
Kawannya dilihat cuba menekan butang membuka pintu yang terdapat di dalam, namun tak berjaya. Walau bagaimanapun, rakannya dapat keluar beberapa minit kemudian.
Namun apa yang menarik perhatian ramai, reaksi si perakam yang dilihat betul-betul santai walaupun rakannya tengah cemas di dalam.
Dia juga sempat merakam perkara yang terjadi pada rakannya itu sampai lah pagar automatik itu tertutup habis.