Nafi Ditahan PoIis, Zarina Anjoulie Cabar Netizen RM1000 Jika Sesiapa Ada Bukti

Nafi Ditahan PoIis, Zarina Anjoulie Cabar Netizen RM1000 Jika Sesiapa Ada Bukti
Share
Selepas namanya dikaitkan dengan berita penahanan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyal.ahgunaan dadah jenis methamphetamine semalam, pelakon Zarina Anjoulie akhirnya tampil membuka mulut.

Anju Nafi Ditahan
Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram termasuk Instagram live-nya, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menafikan bahawa dia telah ditahan polis.

Bagaimanapun, akui Anju, hampir setiap hari dia akan ke balai polis berhampiran namun ia berkaitan dengan isu yang lain.

“Aku kena gari ke? Sekarang ini pun aku memang hari-hari pergi balai sebab ada kes yang berjalan dengan benda lain. Jadi ada ke gambar aku ditahan masuk lokap? Tak.. Ada ke gambar aku kena gari? Tak.. sebab jelas aku non stop live dari Isnin aku buat story, aku buat live” ujarnya dalam IG Live

Cabar Netizen Tunjuk Bukti

Dalam pada itu, Anju turut mencabar netizen untuk membuktikan bahawa dirinya telah ditahan reman oleh pihak polis seperti yang tular di media sosial. Jelasnya wang tunai RM1,000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya buktikannya.

“Bila masa aku kena reman? Kalau korang pergi 1PD Nilai, pergi cari p0lis aku boleh bagi dan ko call cakap aku kena reman, aku bagi ko RM1000 kalau boleh buktikan aku kena reman okay”

“Ini janji aku. Ada tak bukti aku kena reman? Kalau jamin p0lis dan sangkut urine pun kau tetap kena masuk lokap, faham tak, 12 jam”  tegas Anju.

Terdahulu, memetik laporan Sinar Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menahan seorang pelakon wanita pada Isnin selepas didapati positif dadah. Menurut Ketua polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pelakon berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 9.15 malam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet di sini.

“Pelakon itu dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (1PD) Nilai bagi tujuan saringan awal dan mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika s4bit kesalahan hukuman maksimum penj4ra dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bagaimanapun pelakon itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel