Tunku Azizah hubungi Elizad tanya khabar, ambil tahu kisah IVF – “Terketar-ketar bercakap tadi… Tunku pula cakap don’t cry… don’t cry”

Tunku Azizah hubungi Elizad tanya khabar, ambil tahu kisah IVF – “Terketar-ketar bercakap tadi… Tunku pula cakap don’t cry… don’t cry”
Share
SELEPAS kontroversi dihina mandul, pelakon Elizad Sharifuddin berkongsi kenangan manis apabila dia menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Elizad, 37, berkata, dia berasa terh.aru apabila Tunku Azizah sendiri menghubunginya bagi bertanyakan khabar dan keadaannya selepas ins1den itu.
 
“Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada KDYMM Tunku Permaisuri Azizah. Bertanyakan keadaan saya selepas terbaca kisah yang mengatakan saya mandul tempoh hari.

“Saya terkejut, tak sangka Tunku ikut perkembangan IVF saya, Tuanku tengok drama-drama saya, ” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Minggu lalu, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila dituduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Tunku Azizah turut memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalamannya menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak 17 kali.

“Tunku sangat prihatin dengan kisah saya yang bukan siapa-siapa. Tunku beri kata-kata semangat, cerita sendiri tentang pengalaman Tunku sebanyak 17 kali tempuh IVF. Memang menyakitkan.

“Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan permaisuri yang disayangi semua.

“Paling menarik apabila Tunku minta saya update semua progres IVF lepas ni. Saya jadi gugup, terketar-ketar bercakap tadi… nangis.

“Tunku pula banyak kali cakap don’t cry… don’t cry.

Sementara itu Elizad turut menegaskan perkongsiannya berkaitan perjalanan IVF di laman sosial hanya untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada wanita senasib dengannya.

“Tiada paksaan pun untuk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers.

“Sama juga macam para ibu yang lain. Berkongsi tentang kecomelan anak-anak mereka di media sosial, ” ujarnya.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani raw.atan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Sumber Soya Lemon
Sumber : Mstar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel