Orang Ramai Pelik Apabila Lori Ini Bawa 48 Orang Pekerja Kilang Dan Apabila Kena Tahan Polis, Mereka Dapati Kesemua Pekerja Positif Covid19

Orang Ramai Pelik Apabila Lori Ini Bawa 48 Orang Pekerja Kilang Dan Apabila Kena Tahan Polis, Mereka Dapati Kesemua Pekerja Positif Covid19
Share

Sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, dikesan membenarkan sekumpulan pekerjanya yang positif cov1d-19 menaiki lori beramai-ramai sebelum mereka ditahan petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, seramai 48 pekerja yang baharu dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan mereka.

Ketua p0lis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, terdahulu video dan beberapa gambar sebuah lori tular di laman sosial menyebabkan p0lis berusaha mengesannya.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian mengambil tindakan mengesan lori terbabit sebelum berjaya menahan kenderaan itu yang dalam perjalanan pulang ke Sungai Lalang.

Baca Juga

“Hasil siasatan mendapati terdapat kes positif dikesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dan seramai 135 pekerja diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu.

“Dipercayai, majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa kesemua 135 pekerja yang positif covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan tindakan lori membawa pekerja terbabit bertindak merakam video dan gambar menyebabkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Adzli berkata, lori yang ditah4n kereta peronda p0lis adalah yang membawa kumpulan terakhir pekerja kilang untuk pulang ke asrama.

“Seramai 48 pekerja kilang yang berada dalam lori itu dikesan positif cov1d-19 dengan keadaan tangan bergelang merah jambu dan diarah dikuarantin di asrama.

“Pemandu lori itu kemudian disam4n kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain,” katanya.

close
Pihak pengurusan kilang turut disiasat Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana k3salahan tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun k3seksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Kredit: HMETRO

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel