"Belajar dari YouTube” – Pemuda Nekad Pukul & Bakar Pemandu ‘Ojek’ Sampai Mati Sebelum Curi Motosikal

"Belajar dari YouTube” – Pemuda Nekad Pukul & Bakar Pemandu ‘Ojek’ Sampai Mati Sebelum Curi Motosikal
Share

Kejam dan tak berperikemanusiaan.

Itu adalah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan tindakan kejam seorang pemuda yang tergamak memukul sehingga mati seorang pemandu ojek (teksi motosikal). Lebih sadis, suspek turut membakar mayat mangsa bagi menghilangkan bukti.

Memetik laporan Kompas, suspek, Ahmad Jamaludin, 21, berasal dari Brebes, Jawa Tengah mengaku melakukan pembunuhan kejam itu kerana mahukan motosikal milik mangsa.

Baca Juga


“Semasa dalam perjalanan pulang dari Jakarta, saya terfikir mahu merompak motosikal,” terang suspek.

Bagi menjalankan rancangan jahatnya, tertuduh telah turun di kawasan Pasific Mall pada Rabu, 9 Jun 2021 sebelum memesan ojek melalui perkhidmatan dalam talian (online) untuk meneruskan perjalannya ke Brebes.

Difahamkan, ketika tiba di lokasi kejadian, tertuduh telah memukul mangsa yang dikenali sebagai Slamet Ariswanto, 33, sehingga tidak sedarkan diri.
close

“Di kawasan flyover, saya pukul dia (Slamet) dengan tangan dari belakang. Saya pakai tangan saja pukul sampai dia terjatuh. Saya terus pukul lagi beberapa kali sampai saya tak ingat dan mangsa pengsan,” kata suspek.

Selepas itu, tertuduh terus bertindak mencuri barangan berharga milik mangsa beserta motosikalnya sebelum berusaha untuk menutup jejak jenayah yang telah dilakukan dengan cara membakar mayat mangsa.

“Saya bakar guna daun kering. Saya belajar dari YouTube,” katanya. 

Mayat Slamet Ariswanto yang rentung dibakar ditemukan polis pada hari sama. Tertuduh, Ahmad Jamaludin kemudiannya diberkas pihak berkuasa tempatan pada Jumaat, 11 Jun 2021 di kediamannya di Desa Sengon, lapor Tribunnews.

Menurut Ketua Polis Brebes, AKBP Gatot Yulianto, setakat ini, hasil pemeriksaan mendapati suspek melakukan tindakan itu seorang diri  dan motif kejadian adalah semata-mata kerana mahu merompak motosikal mangsa untuk kegunaan peribadi tertuduh.

Atas perbuatan kejamnya itu, suspek dituduh dibawah Pasal 365 ayat 3 atau 338 KUHP yang membawa hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Kompas, Tribunnews

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel