PM Dimasukkan Ke Hospital Kerana Diarrea Sejak Semalam

PM Dimasukkan Ke Hospital Kerana Diarrea Sejak Semalam
Share
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimasukkan ke hospital pagi tadi kerana cirit birit.

Dalam kenyataan ringkas, Pejabat Perdana Menteri mengatakan TS Muhyiddin telah mengalami cirit birit sejak semalam.

Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.
“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan.”

Menurut MalaysiaKini, pada tahun 2018 lalu, Muhyiddin dilaporkan telah menjalani pembedahan di Singapura untuk merawat barah pankreas.

Namun pada bulan Mei tahun lepas timbul beberapa spekulasi mengatakan bahawa TS Muhyiddin telah mendapatkan rawatan barah di Singapura.

Pun begitu, pejabatnya telah menafikan perkara tersebut dan Perdana Menteri ini sendiri mengatakan yang tahap kesihatannya baik dan boleh menjalankan tugas dengan baik.

"Alhamdulillah, setakat ini saya mampu menjalankan tugas dan tak terganggu sebab pernah menghadapi masalah sebegitu.”

Sumber Malaysiakini

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel