"Satu satunya kawasan ada akses internet” – 400 Pelajar Terpaksa Daki Bukit Setinggi 5km, Cari Internet Untuk PdPR

Kisahnya, difahamkan kawasan puncak bukit itu adalah satu-satunya lokasi yang boleh akses internet dengan laju. Maka sebab itu, puncak bukit tersebut menjadi pilihan.
Menurut Berita Harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah telah membuat tinjauan di kawasan tersebut lalu membina dua buah bangsal berbumbung selepas mendapati ianya menjadi tumpuan para pelajar.
Sejak disediakan dua minggu lalu, nyata perkara itu dapat tindak balas positif kerana ia memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar tersebut. Di samping, mereka dapat belajar dengan selesa tanpa perlu memikirkan situasi hujan atau panas.
Selain itu didapati seramai 20 hingga 30 pelajar yang akan hadir ke tempat itu dalam satu-satu sesi. Mereka bukan saja dibenarkan untuk mengikuti PdPR, malah boleh menjadi tempat untuk mereka buat rujukan pembelajaran.
Menurut seorang calon SPM Mimi Aina Syahira Muhammad, 17, dia berkongsi cerita bahawa perlu menunggang motosikal setiap hari ke kawasan tersebut untuk mengikuti kelas online.
Setiap kali ada PdPR atau untuk menyiapkan kerja sekolah, saya dan rakan-rakan akan naik ke kawasan ini memandangkan liputan internet di sini laju.
“Memang susah nak dapat capaian internet di rumah menyebabkan saya dan rakan terpaksa datang puncak bukit ini.
“Di sini tidak sunyi kerana ramai yang datang setiap masa memandangkan kini semua ada PdPR,” kata pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab SMU (A) Saadatul Qura ini.
Sumber Berita Harian dan Soya Lemon