Rakyat Selangor M40 dah boleh mohon SISM40

Rakyat Selangor M40 dah boleh mohon SISM40
Share
Shah Alam – Rakyat Selangor khususnya bagi golongan M40, kini boleh memohon Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40), yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, mulai esok (1 Julai) , lapor Bernama.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, inisiatif pertama kali pihaknya menerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu, akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu Telekom Malaysia (TM) melalui perkhidmatan Unifi, di mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat Selangor kategori M40.

“Sebelum ini banyak inisiatif kerajaan negeri tertumpu kepada membantu golongan B40, namun kita juga sedar bahawa golongan M40 turut terkesan.

“Oleh itu kerajaan negeri telah bekerjasama dengan TM, bagi memperkenalkan SISM40 sebagai usaha membantu rakyat Selangor, khususnya dalam menghadapi norma baharu dalam era digital,” katanya.

Amirudin yang berterima kasih kepada TM melalui kerjasama tersebut, menyeru lebih banyak pihak swasta untuk tampil menyalurkan bantuan kepada rakyat, di saat sukar sebegini.

Jelas beliau lagi melalui SISM40, setiap isi rumah berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun, dengan melanggan satu daripada lapan pakej yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Untuk maklumat berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran, orang ramai boleh melayari https://www.sism40.com.my/ atau menghubungi talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) kecuali pada cuti umum.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel