Surprise…! – [VIDEO] Lelaki Buat Kejutan Hari Jadi, Kecewa Girlfriend Ada ‘Skandal’ Lain Dalam Rumah

Surprise…! – [VIDEO] Lelaki Buat Kejutan Hari Jadi, Kecewa Girlfriend Ada ‘Skandal’ Lain Dalam Rumah
Share
Dalam zaman sekarang, untuk mencari lelaki yang ingin buat kejutan atau beri hadiah dekat pasangan tu memang tak ramai.

Namun peristiwa yang menimpa jejaka ni mesti akan buat yang lain kasihan pada dia.

Kisahnya, lelaki berasal dari Indonesia ini bercadang nak buat surprise untuk hari jadi teman wanitanya. Jadinya dia dah plan untuk belikan kek dan bawa ke rumah sewa teman wanitanya.

Lilin dah dinyalakan dan dia membawa kek tersebut menuju ke pintu rumah sewa girlfriendnya tapi mula curiga sebab ada motosikal yang tak pernah dilihat depan rumah itu. Tapi dia tetap tenangkan diri dan mengetuk pintu rumah wanita itu.

Alangkah terkejutnya apabila dia dapat tahu, ada lelaki lain yang buka pintu rumah teman wanitanya itu. Tersentak dengan perkara itu, dia terus menanyakan di mana teman wanitanya dan di ajak masuk oleh skandal wanita tersebut. Lalu dia memberi kek tersebut dan terus beredar pergi dari situ.

Insiden itu yang dimuat naik oleh pemuda tersebut di TikTok menjadi viral, dan sehingga kini telah meraih lebih dari 6 juta views.


Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai bersimpati dengan nasib pemuda itu. Namun turut ada yang memuji tindakannya kerana tak membuat kecoh selepas tidak dihargai sedemikian.

Sumber Asal Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel