“Takpelah, saya takde duit” – Wanita Kongsi Kisah, Ibu Tak Mahu Beli Ubat Untuk Bayi Setahun Lebih Sebab Tiada Duit

“Takpelah, saya takde duit” – Wanita Kongsi Kisah, Ibu Tak Mahu Beli Ubat Untuk Bayi Setahun Lebih Sebab Tiada Duit
Share
Tak dapat dinafikan lagi bahawa sejak berlakunya pandemik Covid-19 ni, ramai yang sedang kesempitan untuk meneruskan hidup.

Sesetengah ada dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan tanggungan mereka. Bagi peniaga pula, ada terpaksa menutup perniagaan mereka kerana ketiadaan pelanggan dan kekangan waktu berniaga. Hasilnya ramai ketiadaan duit dan tak mampu untuk beli barang keperluan dan ubat-ubatan.

Seperti kisah dikongsikan wanita ini, apabila peristiwa yang boleh dianggap sedih berlaku kepadanya.

Kisah ini telah dimuat naik di Twitter oleh @anne_nma, apabila wanita dikenali sebagai Anne ini melihat sendiri seorang ibu tak mampu beli ubat untuk anaknya.

Ceritanya kejadian berlaku pada jam 10 malam 22 Jun lalu, ketika itu dia perlu menghantar ayahnya ke klinik untuk membuat rawatan penyakit ayahnya. Kemudian dia terdengar perbualan seorang wanita di kaunter farmasi yang ingin membayar ubat.

Lalu wanita tersebut menghulurkan kad kepada petugas di kaunter tersebut. Namun apa paling mengejutkan apabila Anne terdengar bahawa wanita itu menolak untuk membeli ubat kerana tak ada duit untuk membayar.

Seterusnya wanita tersebut terus hendak lari pergi dari kaunter tersebut, namun atas dasar kasihan petugas di kaunter tersebut memanggil semula dan membayarkan ubatan itu.

Wanita tersebut yang mungkin tidak percaya, bertanyakan kepada petugas tersebut berulang kali sama ada dia serius kemudian berterima kasih kepadanya berulang kali.

Sumber : Twitter, Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel