Akibat Sering Onani Setiap Hari, Lelaki Jepun Hampir Maut Diserang Strok

Akibat Sering Onani Setiap Hari, Lelaki Jepun Hampir Maut Diserang Strok
Share
Seorang lelaki Jepun berusia 51 tahun dilaporkan hampir maut diserang strok gara-gara sering melakukan onani beberapa kali dalam masa sehari.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu berkata, pada mulanya dia mengalami sakit kepala dan mula muntah-muntah selepas melakukan perbuatan itu.

Khuatir dengan dirinya yang kurang sihat secara tiba-tiba, lelaki ini mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Bandar Nagoya. Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami tekanan darah rendah dan bercelaru, dua tanda jelas seseorang itu menghidapi penyakit strok.

Pakar perubatan kemudiannya melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) terhadap otaknya untuk pemeriksaan lanjut.

Mereka mendapati lelaki ini mengalami pendarahan subarachnoid – sejenis strok berpunca daripada pembuluh darah pecah dan boleh menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, lelaki ini kembali sihat semula selepas dua minggu dirawat di hospital berkenaan.

Menurut rekod, terdapat hampir 4,800 kes melibatkan pendarahan subarachnoid yang dilaporkan pada setiap tahun di United Kingdom dan rata-ratanya melibatkan individu berumur 45 sehingga 70 tahun.

Kredit: Daily Mail

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel