“Nipis sangat, sakit lutut & dahi..” – Eyra Hazali komen pasal sejadah Neelofa

“Nipis sangat, sakit lutut & dahi..” – Eyra Hazali komen pasal sejadah Neelofa
Share
Pelakon Eyra Hazali berkongsi pendapat peribadi di laman Twitter miliknya selepas menggunakan sejadah di bawah koleksi jenama selebriti popular, Neelofa.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, dia berpendapat sejadah berharga RM85 itu terlalu nipis sehingga menyebabkan dirinya kadang-kala mengalami kesakitan pada bahagian lutut dan dahi.

“Tapi sejadah dia nipis sangat… sakit lutut dan kepala kadang-kadang,” tulis Eyra memberi reaksi kepada satu posting netizen mengenai sejadah berkenaan.
Pelakon drama Mr. Grey itu berkata, dia jujur melakukan reviu sebagai pelanggan yang telah membeli produk tersebut dan bukan bermaksud tidak menyokong perniagaan diusahakan oleh rakan artis.

“Bagi honest review, orang amik buat statement artis tak support artis. Pastu kena serang dengan fans dia. Salah juga ek customer baig review. I beli kot,” katanya.

Pendapat pelakon berusia 22 tahun itu turut disokong oleh beberapa warganet yang ‘mengusik’ dengan mengatakan bahawa sejadah tersebut mungkin perlu dilapik dengan permaidani tebal dibeli dari Nilai.

Bagaimanapun, ada juga individu memberi pandangan sendiri dengan mengatakan sejadah itu bersifat nipis kerana mudah untuk disimpan selain sesuai dibawa ketika melancong.

Sumber: Twitter @EyraHazali21
Kredit penulisan Ohmymedia.cc

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel