“Dah habis beradab operator jawab” – Rakam Perbualan Minta Hospital Hantar Ambulans Cepat, Pelakon Ini Dikecam Netizen
Thursday, July 15, 2021

Bagi mereka yang mengikuti Instagram Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad, korang pasti dah dengar tentang dugaan yang terpaksa dia lalui ketika suami dan enam orang anak termasuklah dirinya sendiri dijangkiti wabak COVID 19.
Menerusi perkongsian Rebecca, suaminya kini sangat tenat dan berada di tahap 4 COVID 19 hingga mengalami kesukaran dalam bernafas.
Walau bagaimanapun, tular juga semalam perbualan Rebecca dengan seorang petugas kesihatan sebuah hospital di Lembah Klang.
Menerusi perbualan yang dimuat naik sendiri Rebecca di Instagram, dia dilihat dalam usaha untuk menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan ambulans buat pembantu rumahnya yang kini sedang sesak nafas.
Pun begitu, pihak hospital mengatakan bahawa mereka tidak mampu menghantar ambulans lagi kerana menerima terlalu banyak panggilan kecemasan.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan petugas kesihatan, Rebecca sekali lagi menelefon pihak hospital dengan usaha untuk mendapatkan ambulans buat pembantu rumahnya.
Namun operator atau petugas yang menjawab telefon terbabit berkata mereka hanya punya empat ambulans sahaja dan tidak mampu hadir dengan cepat ke rumahnya.
Rebecca bertegas mengatakan pembantu rumahnya dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ pada ketika ini. Tak cukup dengan itu, dia juga bertanya jika ada waiting list terhadap servis ambulans tersebut dan masa yang dijangkakan bagi ambulans itu untuk tiba di rumahnya.
Petugas kesihatan itu kemudian memberi suggestion lain iaitu untuk Rebecca drive sendiri dan bawa mereka yang sakit ke hospital.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan petugas kesihatan, Rebecca sekali lagi menelefon pihak hospital dengan usaha untuk mendapatkan ambulans buat pembantu rumahnya.
Namun operator atau petugas yang menjawab telefon terbabit berkata mereka hanya punya empat ambulans sahaja dan tidak mampu hadir dengan cepat ke rumahnya.
Rebecca bertegas mengatakan pembantu rumahnya dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ pada ketika ini. Tak cukup dengan itu, dia juga bertanya jika ada waiting list terhadap servis ambulans tersebut dan masa yang dijangkakan bagi ambulans itu untuk tiba di rumahnya.
“Ada waiting list ke?”
“Sekarang ni, 999 ni kita utamakan kes yang mengancam nyawa.”
“Puan ini mengancam nyawa, puan. Pembantu saya dah nak mati dah saya rasa.”
“Puan, bukan pembantu puan saja yang nak mati, ramai lagi yang nak mati tengah call kita untuk waiting untuk transport.”
Video yang dimuat naik Rebecca itu kemudian viral di Twitter dan netizen telah mengecamnya kerana dikatakan tidak memahami situasi yang dialami pihak hospital pada ketika itu yang terpaksa merawat terlalu banyak pesakit.
Pagi pagi tertengok video Rebekah Nur Al Teletubbiea record conversation dengan hospital. Konon nak viralkan lettew. Hello nyah hospital dah cukup overwhelmed dah kau tak payah nak macam macam. Mmg btl apa yg angkat telefon tu cakap dia tak boleh janji pukul brp. Ingat grab ke.
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) July 14, 2021
Apa-apapun Rebecca menerusi kapsyen di video Instagram ada menjelaskan yang tujuan dia membuat rakaman tersebut ialah untuk menunjukkan betapa teruknya gelombang COVID 19 sekarang di negara kita.
Malah dia juga mengakui mungkin operator yang menjawab telefon tersebut berada dalam keadaan stress kerana terpaksa menjawab terlalu banyak panggilan kecemasan.