Rodzi Md Saad dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Thursday, July 15, 2021

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata Rodzi, 57, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.
Mohd Zuki berkata, Rodzi memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.
“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan serta bencana di Malaysia, terutamanya menangani pandamik COVID-19,” katanya.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara sebelum ini ialah Datuk Mohd Rabin Basir, lapor Bernama.