Dakwa dirinya teruk difitnah team Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq mahu ambil tindakan undang-undang

Dakwa dirinya teruk difitnah team Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq mahu ambil tindakan undang-undang
Share

Masih belum reda kontroversi yang membabitkan tiga figura terkenal Malaysia iaitu pendakwah terkenal Ebit Lew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan penyanyi rap Caprice, kini timbul pula isu hangat melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.

Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa bahawa dirinya telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, dia membuat pendedahan dan menegaskan akan membuat laporan polis serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara fitnah yang dilontarkan kepadanya adalah dia dikatakan telah menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Baginya, tuduhan berkenaan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.
Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya lagi.

Dedahnya lagi, dia telah pun menegur ahli pasukan Ebit Lew yang memfitnah dirinya namun individu tersebut tidak mahu memohon maaf.

“Salah seorang daripada teamnya akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memfitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” luahnya.

Dalam hantaran lain, Abu Syafiq turut meminta agar Ebit Lew menjawab segala persoalan yang diajukan berkenaan ahli pasukan yang memfitnah dirinya dan meluahkan rasa sedih kerana isu tersebut tidak dipedulikan langsung.

Selain itu, Abu Syafiq turut menegaskan bahawa tujuannya membuat pendedahan itu bukan kerana publisiti tetapi hanya mahukan kemaafan daripada individu yang terlibat.

Malah, dia turut mendakwa individu tersebut cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ebit Lew dan memburukkan lagi suasana.

Pada masa yang sama, Abu Syafiq turut memaklumkan hasratnya ingin membuat laporan polis juga mahu pihak PDRM untuk melakukan siasatan terhadap salah seorang daripada anggota kumpulan yang dikatakan cukup rapat dengan Ebit Lew.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel