"Yang untung syaitan... cukuplah sampai sini" - Ebit Lew mohon maaf, mahu hentikan perbalahan

"Yang untung syaitan... cukuplah sampai sini" - Ebit Lew mohon maaf, mahu hentikan perbalahan
Share
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi siaran langsung di media sosial menjawab dakwaan dan persoalan yang diajukan beberapa individu mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini. Malah, Ebit Lew turut membuat laporan polis menepis dakwaan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew dalam hantarannya memohon maaf kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam isu ini. Beliau berkata, niatnya hanya mahu menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Beliau juga telah memaafkan semua yang memfitnah dan menjatuhkannya.
Jelas Ustaz Ebit, beliau sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya bersatu hati dan berdoa semoga Allah mengangkat musibah yang telah melanda seluruh negara ini.

Menurutnya, ketika sedang berselisih seperti ini, terdapat ramai orang miskin dan anak yatim kelaparan di luar sana. Malah, ramai juga yang hilang kerja dan tempat tinggal akibat wabak yang semakin membimbangkan.

Tambahnya perselisihan yang berlaku hanya menguntungkan syaitan. Oleh itu, dia meminta maaf dan memohon orang ramai mendoakannya.

“Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan. Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya.”

Ustaz Ebit kemudiannya mengakhiri entri berkenaan dengan menyatakan bahawa sekiranya ada pahala yang diperolehinya disebabkan oleh isu ini, dia mahu hadiahkan buat ibu dan ayahnya.

Kredit Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel