‘Diperdaya’ Sehingga Terlanjur & Hamil, Ramai Terkejut Baca Pendedahan Gadis Ini Di Tiktok
Thursday, July 29, 2021

Kisah itu didedahkan oleh seorang pelajar tingkatan enam menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikToknya. Dakwa gadis ini, dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas hampir tiga bulan tidak period (datang bulan). Bimbang sesuatu perkara berlaku, dia nekad untuk melakukan ujian kehamilan dan keputusannya menunjukkan double line iaitu positif hamil.
Gadis ini kemudian dipercayai menghubungi bekas teman lelakinya untuk memaklumkan tentang kehamilannya namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Lelaki ini dipercayai tidak mahu bertanggungjawab dengan alasan mereka berdua masih bersekolah dan dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
"Awak buang deh anak tu. Kalau awak nak buang, saya boleh tolong awak. Saya tak ready lagi nak jadi ayah. Perjalanan kita jauh lagi."
Gadis ini juga mengakui dia sudah cuba banyak cara untuk menggugurkan kandungannya itu namun tidak berhasil. Dakwanya lagi, dia sering tidak hadir ke sekolah kerana keadaannya tidak mengizinkan. Malah dia juga pernah dimasukkan ke wad selama seminggu.
"Pergi sekolah, tiba-tiba dapat tahu papa awak dah berhenti sekolah sebab dah dapat kerja. Mungkin sebab dia nak lari dari masalah kot. Aku tetap meneruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar yang berbadan dua tanpa suami."
Tanggal 9 Julai, gadis ini selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dia mengakui wajah bayi itu saling tak tumpah seperti wajah bapanya.
Sementara itu, di ruangan komen, gadis ini mendakwa terlanjur bersama teman lelakinya ketika mereka berdua keluar untuk ke kedai makan. Namun sebaliknya yang terjadi apabila teman lelakinya itu dipercayai membawanya ke tempat lain dan bukannya pergi ke kedai makan seperti yang dirancang. Bercerita dengan lebih lanjut, gadis memaklumkan pada awalnya keluarganya agak sukar untuk menerima berita tersebut namun lama-kelamaan mereka cuba menerima keadaan itu.
Sumber: TikTok,ohbulan