'Saya Dah Minta Maaf’ – Ahli Perniagaan ‘Cancel’ Buat IG Live
Thursday, July 29, 2021

Semalam, seorang ahli perniagaan terkenal yang didakwa meninggikan suara terhadap seorang warga emas tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan perkara sebenar di laman Instagram miliknya.
Selain daripada melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, ahli perniagaan tersebut turut berjumpa secara bersemuka dengan warga emas berkenaan bagi tujuan memohon maaf dan menjernihkan semula keadaan yang telah berlaku.
"Saya dah minta maaf tadi. Puas hati korang? So, malam ni saya tidak live lagi. Spread love not hate."
Menerusi beberapa video yang di muat naik semalam, ahli perniagaan tersebut dilihat sudah berjumpa semula dengan warga emas berkenaan selepas video mereka berdua tempoh hari viral di media sosial. Selain ahli perniagaan tersebut, beberapa orang individu termasuk rakan media turut hadir ketika sesi permohonan maaf itu berlangsung.
Ujar ahli perniagaan tersebut, dia telah melakukan permohonana secara bersemuka dengan warga emas berkenaan dan berharap seluruh rakyat Malaysia berpuas hati dengan tindakannya. Susulan daripada itu, ahli perniagaan tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak akan melakukan Instagram Live seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur kerana ahli perniagaan tersebut sudah melakukan permohonan maaf. Tambah netizen, mereka berharap apa yang berlaku itu dapat dijadikan pengajaran buat ahli perniagaan tersebut termasuk masyarakat di negara ini.
Sumber: Instagram, Ohbulan