Dituduh Sedang Bercuti di Turki, Anak Azmin Ali Siap Muat Naik Gambar Nak Buktikan Mereka Di Malaysia

Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah posting dari Instagram Turkey Local Guides yang memaparkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat melawat bangunan ikonik Hagia Sophia di Turki.
Susulan itu, netizen dari Malaysia telah membanjiri bahagian komen bertanyakan sebab keberadaan Azmin di sana selepas kapsyen posting itu menyatakan menteri tersebut bersama keluarganya di Turki.
"Dengan senang hati memandu lawatan Mr Muhammed (sic) Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia) dan keluarga. Dia bersedia dan sabar untuk mendengar (mengenai) kisah sejarah Hagia Sophia,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, sejurus itu kapsyen posting telah diubah sebelum pemilik Instagram mengambil keputusan untuk memadam posting berkenaan daripada Instagram.
Menurut Malaysiakini, menteri kanan berkenaan berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan pada minggu lalu telah mengunjungi Austria untuk bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.
Ketika di Austria juga, Azmin telah berkesempatan mengunjungi sebuah syarikat semikonduktor di Lebanon.
Gara-gara menerima pelbagai kecaman di media sosial, akhirnya anak kepada menteri kanan tersebut, Amira Azmin menerusi laman Twitter telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan mereka sekeluarga berada di Malaysia dan bukannya di Turki bersama Azmin.
Tak tahu mcm mana lagi nak buktikan kita org ada dekat Malaysia 😭 pic.twitter.com/i00L0o95fZ
— Amira Azmin (@amiraaazmin) July 12, 2021
Malah individu bernama Hermy Rahim yang mengkritik Azmin mengenai keberadaannya di Turki juga ada memuat naik screenshot DM yang didakwa menantu kepada menteri kanan tersebut yang memberitahu mereka sekeluarga kini memang berada di Malaysia dan bukan seperti apa yang ditulis oleh admin Instagram dari Turki tersebut.
Sumber LOBAK MERAH