Diugut Agar Dikecam Sehingga Mati, Caprice Mahu Libatkan Pihak Polis
Wednesday, July 21, 2021

Ini berikutan Caprice khabarnya telah diugut oleh seorang individu di Instagram di mana dia akan mengecam pemilik nama Ariz Ramli itu sehingga terdetik untuk membunuh diri.
Caprice turut mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Caprice ada memuat naik tangkap layar kenyataan individu tersebut yang berbunyi, “Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bunuh diri. Lagi bagus mati lagi baik.”
Mungkin terkejut dengan pernyataan tersebut, Caprice tampil memberi respon dan turut memberi pilihan kepada individu tersebut sama ada menggunakan cara kasar atau melibatkan pihak berkuasa.
“Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah.”
Walau bagaimanapun, akaun individu terbabit kemudiannya ditukar kepada tetapan peribadi setelah didedahkan oleh Caprice.
Terdahulu, Caprice telah mencetuskan kekecohan di media sosial apabila dia mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Palestin untuk misi kemanusiaan dan bantuan telah mencemarkan imej negara Malaysia dengan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan di sana.
Antaranya, kegiatan mengambil gambar dan merakam video ketika memberi bantuan secara keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penduduk Palestin.
SUMBER : Instagram Caprice, Beautifulnara