"Cara Caprice tetap salah" – Lepas Pendedahan Nadir, Ramai Netizen Minta Maaf Dengan Caprice

"Cara Caprice tetap salah" – Lepas Pendedahan Nadir, Ramai Netizen Minta Maaf Dengan Caprice
Share

Walaupun dah minta maaf, isu antara Caprice dan Ustaz Ebit Lew nampaknya masih tidak berpenghujung apabila pendedahan Nadir dibuat menerusi laman Telegram miliknya baru-baru ini berkenaan dengan team UEL ke Gaza.

Umumnya, hujung minggu lepas, nama Caprice menjadi perhatian kerana pendedahannya terhadap bantuan kemanusiaan UEL di Gaza, Caprice pada waktu itu dilihat seperti ‘dingin’ sehingga melibatkan pelbagai pihak.

Ia telah mengundang kecaman orang ramai sebelum Caprice tampil mohon maaf secara terbuka pada beberapa hari lepas.

Nampaknya, kontroversi ini rupanya menjadi semakin hangat apabila pejuang Melayu-Palestin Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman membuat satu catatan panjang mendedahkan ‘masalah’ yang dibuat oleh team UEL.

Baca Juga

Susulan dengan berita itu, ramai netizen mohon maaf kepada Caprice, perkara itu didedahkan oleh tuan empunya badan sendiri menerusi IG story yang memaparkan DM daripada rakyat Malaysia sampai Caprice jadi’ tak menang tangan’

Walaubagaimanapun, Caprice dengan tenang dan rendah diri akui dalam isu ini, dirinya juga turut bersalah.

"Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah”

Caprice menjelaskan dia sudah memaafkan mana-mana individu yang telah mengecamnya sebelum ini.

Dalam pada itu, Caprice juga bersyukur dengan insiden yang menimpa pada dirinya tempoh hari, ia sekaligus mengajar dirinya untuk terus bersabar, mengenai pejuang dan Palestine.

Sumber Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel