Kemaluan Lelaki Digigit Di Tandas Lepas Ular Sawa Milik Jiran Terlepas

Kemaluan Lelaki Digigit Di Tandas Lepas Ular Sawa Milik Jiran Terlepas
Share

Seorang lelaki di Austria dilaporkan telah digigit di kemaluan oleh seekor ular sawa di tandas rumahnya. Ular sawa tersebut dipercayai terlepas dari rumah jiran dan memasuki paip pembentung.

Ular sawa sepanjang 6 kaki itu muncul pada pukul 6 pagi ketika lelaki berusia 65 tahun itu sedang duduk di mangkuk tandas untuk membuang air.

“Lepas dia duduk di mangkuk tandas, dia terasa ‘cubitan’ di bahagian kemaluan”, jelas pihak polis kepada sumber.

Baca Juga


Ular tersebut dilaporkan tidak berbisa dan boleh membesar sehingga berukuran 29 kaki. Haiwan reptilia itu dipercayai terlepas dari pangsapuri jiran dan muncul di lubang tandas melalui paip pembentung.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan kecil dan sudah dibawa ke hospital selepas laporan diterima.

Menurut laporan, jiran mangsa turut membela 11 ekor ular tidak berbisa dan cicak tokek di dalam pangsapurinya. Untuk rekod, ular yang terlepas tersebut sudah pun dipulangkan kepada jiran mangsa.

Jiran mangsa kini sedang disiasat oleh pihak berwajib kerana mengakibatkan kecederaan kepada orang awam.

Sumber: New York Post, Lobak Merah
close

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel