Pelajar UiTM Kedah meninggal dunia disyaki akibat tekanan belajar dan assignment

Pelajar UiTM Kedah meninggal dunia disyaki akibat tekanan belajar dan assignment
Share

Seorang pelajar semester tiga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumah sewanya di sini, awal pagi kelmarin.

Pelajar perempuan berusia 22 tahun terbabit dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi di rumah sewanya dekat Merbok, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa yang dikatakan mengalami tekanan, terjaga dari tidur pada jam 3 pagi dan sempat mengejutkan rakan serumahnya sambil mengalami sakit kepala.
Dia yang menjalani rawatan di HSAH, bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang semalam.

Baca Juga

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, berkata mangsa dimasukkan ke HSAH pada Khamis lalu, dan meninggal dunia semalam.

"Tiada laporan polis dibuat. Kami difahamkan universiti terbabit akan mengeluarkan kenyataan media setelah laporan penuh perubatan diperoleh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Rektor UiTM Kedah, Prof Dr Mohamad Abdullah Hemdi, ketika dihubungi, memaklumkan kenyataan mengenai kejadian akan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam.
Hari ini tular di media sosial dakwaan menyatakan bahawa seorang pelajar universiti itu meninggal dunia akibat tekanan berikutan perlu menjalani kuliah dalam talian, selain bebanan menyiapkan tugasan dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir.

Sumber Berita Harian

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel