Malaysia bukan negara gagal, tegas Mustapa

Malaysia bukan negara gagal, tegas Mustapa
Share
Jeli –  Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal dan institusi kerajaan masih lagi kukuh serta berfungsi seperti biasa selepas berdepan krisis pandemik Covid-19”, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa Mohamed juga menyangkal dakwaan portal berita, Bloomberg yang melaporkan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara yang gagal.

“Meskipun dalam krisis, keadaan Malaysia masih seperti biasa malah ahli politik juga bekerja. Sekiranya, kerajaan gagal maka sistem politik semuanya lumpuh, namun semua institusi terus berfungsi.

“Pelantikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga sebagai bukti menunjukkan kesungguhan kerajaan meningkatkan ekonomi negara.

“Perdana Menteri juga melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diyakini dapat membantu Perdana Menteri selain membela rakyat. Insya-Allah kita akan buat terbaik dan kita tidak akan menjadi negara yang gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Penyampaian Bakul Makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada 6,000 penerima di Parlimen Jeli di Masjid Kampung Berdang di sini hari ini.

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan, Malaysia menduduki di tangga tercorot dalam senarai kemajuan 53 negara membuka semula ekonominya di tengah krisis pandemik Covid-19.

Senarai kebingkasan Covid-19 bagi Jun menempatkan Malaysia di tangga ke-51 di atas Filipina dan Argentina.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel