Nak Jumpa Nenek, Polis Buru Wanita Ceroboh Kawasan PKPD di Pantai Dalam
Saturday, July 10, 2021

Seorang wanita yang dipercayai menceroboh kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini dalam buruan polis.
Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.15 petang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam itu selepas seorang wanita yang disyaki menetap di Puchong itu menceroboh untuk menziarahi neneknya di sini.
Menurut laporan Astro Awani, Asisten Komisioner Anuar Othman mengatakan pihaknya sedang mengesan wanita yang melanggar SOP berkaitan PKPD.
Laporan polis dibuat pada sebelah malam hari yang sama kejadian itu selepas video melibatkan perlakuan wanita itu tular di media sosial. Walaupun kawasan itu telah dipagari dengan kawat duri, wanita tersebut berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan PKPD.
Mengulas lanjut mengenai kejadian ini, Anuar menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan wanita itu kerana bimbang akan mewujudkan kerisauan dalam kalangan orang awam.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni atau klik SINI
Sumber Lobak Merah