Padam banyak gambar seksi di IG, Scha Elinnea nekad mahu berubah lebih baik

Padam banyak gambar seksi di IG, Scha Elinnea nekad mahu berubah lebih baik
Share
Pelakon jelita Scha Elinnea mendedahkan bahawa setiap manusia pasti mahu berubah dan menjadi seseorang insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Memetik temubual bersama Media Hiburan, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen itu memberitahu dirinya menerima teguran netizen dengan positif dan telah mula memadam gambar-gambar seksi di Instagram miliknya.
“Kita sebagai manusia boleh berubah. Saya tak nafikan ada warganet yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya sebelum ini.

“Selalunya saya akan balas, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah saya kini sudah pun padam banyak gambar di Instagram.

“Teguran yang diterima lebih kepada membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 22 tahun itu mengaku dirinya belajar menerima teguran terutamanya apabila mengenangkan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

“Saya cuba menjadi orang yang lebih baik. Saya cuba dan tergerak hati untuk melakukannya,” katanya lagi.

Terdahulu, bintang drama Hatimu Sedingin Salju itu pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dituduh mencacah tatu pada badannya.

Namun, kontroversi tersebut dinafikan oleh Scha sendiri dengan menyatakan ia merupakan tatu palsu jenis pelekat.

Sumber: Media Hiburan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel