Sedekah ayam tepi jalan, Anju dipuji tutup ‘live’ FB elak muka penerima terakam

Sedekah ayam tepi jalan, Anju dipuji tutup ‘live’ FB elak muka penerima terakam
Share
Nama selebriti penuh kontroversi dan sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah atau mesra disapa Anju kerap menjadi sorotan media memandangkan gemar berkongsi aktiviti sehariannya di media sosial.

Walau bagaimanapun, Anju sememangnya tidak lokek memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

Bagi ayam mentah percuma
Kali ini, selebriti tersebut telah membuat live FB sebelum mengedarkan ayam mentah secara percuma di tepi jalan dan menghantar sendiri ke orang awam yang berhenti bagi mendapatkan ayam tersebut.

Apa yang menjadi perhatian warganet adalah pada minit ke 0.41 apabila Anju memaklumkan terpaksa menutup live sebelumnya kerana ternampak penerima ayam mentah itu.

Dia merasakan perkara tersebut tidak baik dan enggan wajah penerima bantuan didedahkan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji tindakan Anju dengan menyifatkan apa yang dilakukan itu harus dicontohi.

Ia bukan sahaja menutup aib penerima bantuan tetapi dapat mengelakkan sebarang pertikaian bantuan di kemudian hari. Mereka juga mendoakan agar Anju dimurahkan rezeki dan danap membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Sumber: FB Food Anjoulie

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel