Staf KKM Perjelas Isu Video Viral Lelaki Tak Guna PPE Masa Urus Jenazah
Tuesday, July 27, 2021
Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memperlihatkan seorang lelaki tidak memakai PPE ketika proses uruskan jenazah, ia menjadi perhatian netizen sampaikan pelakon Lana Nodin juga turut mempersoalkannya.
Untuk rekod, Lana mempersoalkan etika pemakaian individu tersebut di saat kes pandemik senang meningkat secara drastik ini, malahan ia juga turut jadi pertikaian apabila keluarga dilarang untuk menghampiri jenazah tetapi individu tersebut dengan mudah tanpa pakai PPE.
Disebabkan video ini tular, salah seorang petugas KKM yang lebih dikenali sebagai Mat Yoe tampil beri keterangan dan menceritakan situasi sebenar.
Melakukan tugas yang sama seperti di dalam video diatas, Mat Yoe menjelaskan bahawa insiden di dalam video itu adalah proses pemindahan jenazah Covid-19 dari lori ke dalam kontena.
Melihat video di atas, Mat Yoe menjelaskan bahawa lelaki berbaju hitam yang tidak memakai PPE itu tidak menyentuh jenazah, jadi memang tiada keperluan untuk dia memakai PPE.
Namun begitu, tindakannya untuk tidak memakai perlindungan lain itu tidak sepatutnya kerana
"Tak ada keperluan untuk dia pakai PPE. Tapi sepatutnya dia mesti pakai apron seperti anggota yang lain dalam video sebab dia keluar masuk dari kontena tu.”
Dalam pada itu, Mat Yoe juga menjelaskan bahawa dirinya juga tidak memakai PPE sewaktu pengkebumian jenazah covid kerana dia langsung tak sentuh jenazah, siap bagi contoh gambar lagi.
Dalam pada itu, Mat Yoe menjelaskan bahawa apa yang PPE yang dipakai oleh kakitangan KKM dalam video tersebut bukanlah PPE penuh.
“Mereka cuma pakai apron, mask dan cover head. Separa sahaja. Full PPE ni bermaksud pakaian lengkap dari kepala sampai kasut. Serba serbi 2 lapis. Cover head, mask, face shield, jump suit, glove 2 lapis,cover leg dan apron. Itu baru full PPE.”
Semasa video ini tular, ramai yang memberi teguran sinis bahawa individu tersebut ‘kebal Covid-19’, tetapi Mat Yoe menjelaskan bahawa risiko individu itu untuk terdedah dengan virus adalah rendah
Ini kerana jenazah telah dibalut dalam plastik dan seperti yang diperkatakan tadi lelaki tersebut tidak menyentuh jenazah, akan tetapi perbuatan itu adalah salah.
"Jenazah covid semua dah dibalut plastik. Kemudian dimasukkan ke dalam bodybag. Mendedahkan diri kepada risiko jangkitan adalah salah di sisi undang-undang. Sebab tu semua anggota di wajibkan mematuhi Standart Operation Procedure (SOP)."
Jadi, apa yang dirumus oleh Mat Yoe yang merupakan kakitangan daripada pengurusan jenazah Covid-19 ini adalah risiko untuk dijangkiti adalah kurang tetapi tindakan itu salah.
Sumber Lobak Merah