Tular video wanita panik naik LRT, tren bergerak laju tapi pintu tak tertutup
Tuesday, July 27, 2021
Menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan KTM sememangnya satu inisiatif yang bagus untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya.
Selain itu, risiko kemalangan juga agak kecil berbanding berebut-rebut dijalan raya dengan pelbagai kenderaan lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.
Walaupun pengangkutan awam seperti itu menghadirkan risiko kemalangan yang sedikit, faktor keselamatan penumpang juga harus dijaga.
Hal ini berikutan tular di media sosial apabila seorang pengguna LRT dikenali sebagai @perksofbeingsxf memuat naik video pintu LRT tidak ditutup namun tren sudahpun bergerak laju.
and suddenly i feel like I’m in divergent @MyRapidKL what is this behaviour 😩 pic.twitter.com/PpyjAiXLQn
— 🦋🥀 (@perksofbeingsxf) July 27, 2021
Hal ini pastinya mencetuskan rasa panik yang tidak terhingga kerana LRT berkenaan bergerak diatas bangunan dan boleh mengundang risiko kecederaan buat penumpang.
Mujur penumpang tidak ramai di dalam tren dan pengguna tersebut juga berjaya merakam situasi panik berkenaan.
Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen meminta agar pihak MyRapidKL menjelaskan insiden tersebut kerana ia sememangnya sangat bahaya untuk para penumpang.
Muat naik tersebut telah mendapat 3,000 perkongsian semula hanya dalam 2 jam posting berkenaan di Twitter.