Tak Pakai Bikini, Atlet Bola Baling Pantai Wanita Norway Didenda RM7,480

Tak Pakai Bikini, Atlet Bola Baling Pantai Wanita Norway Didenda RM7,480
Share
Pasukan bola baling pantai wanita Norway dilaporkan telah didenda kerana memakai pakaian yang tidak sepatutnya semasa Kejohanan Bola Baling Pantai Eropah baru-baru ini.

Menurut Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF), pasukan Norway telah melanggar peraturan dengan memakai seluar pendek ketat berbanding bikini ketika perlawanan merebut pingat gangsa menentang Sepanyol.

Memetik sumber, mereka didenda sebanyak 1,500 Euro (RM7,462) – denda 150 Euro dikenakan untuk setiap pemain Norway yang melanggar peraturan.

Pasukan Norway juga didakwa telah memakai seluar pendek yang tidak terkandung dalam syarat yang ditetapkan sebagai pakaian atlet dalam IHF (Persekutuan Bola Baling Antarabangsa) bagi undang-undang perlawanan bola baling pantai.

Bagaimanapun, ketua Persekutuan Bola Baling Norway (NHF), Kare Geir Lio berkata, dia sangat berbangga dengan pemain wanita ini kerana mempunyai pendirian dan berani untuk bersuara.

Dia juga menambah, pemilihan pakaian atlet sepatutnya adalah pilihan bebas selagi pakaian tersebut sesuai dan selesa untuk atlet.

“Kami di NHF sentiasa menyokong di belakang anda semua. Berganding bahu untuk terus bersaing bagi perubahan syarat pakaian, jadi pemain dapat beraksi dengan pakaian yang lebih selesa buat mereka.”

Sumber: New York Post

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel