(Video) Elvina trauma, IG Live disertai lelaki tunjuk kemaluan
Saturday, July 24, 2021
Terkejut. Itu perasaan dialami pelakon Elvina Mohamad apabila tanpa semena-mena sesi siaran langsung Instagram (IG Live) bersama rakan-rakannya dicemari insiden tidak dijangka malam tadi.
Pada mulanya, Elvina tampil bersiaran langsung bersama dua orang rakannya sebelum salah seorang rakan mereka yang lain menghantar permintaan untuk turut serta dalam perbualan tersebut.
Malangnya, individu yang muncul dalam IG Live mereka bukanlah orang yang dikenali tetapi seorang lelaki yang bertindak melakukan perbuatan keji dengan menunjukkan kemaluannya.
“Ceritanya, salah seorang rakan ajak saya Live, saja nak lepaskan rindu sebab dah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik, media sosial jadi tempat kita nak lepas rindu, kekal berhubungan dengan semua orang.
“Malangnya, lain pula yang jadi! Salah seorang rakan kami komen minta nak sertai Live, jadi Zawa pun terima. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu yang tak bertanggungjawab godam Live kami dengan menunjukkan anu dia!” kata Elvina.
Perkara berkenaan dikongsikan Elvina dengan memuat naik rakaman Live yang memaparkan kemunculan individu itu yang sempat dirakam salah seorang pengikutnya dalam Instagram.
Nyata terkejut dengan kejadian menimpanya dan rakan-rakan, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu memberi amaran kepada pelaku agar menghentikan perbuatan jijik tersebut.
Malah Elvina mendapat maklumat bahawa ini bukan kali kejadian pertama lelaki berkenaan menggodam IG Live orang lain dan meminta semua agar berhati-hati.
“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, media sosial bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Tolong hentikan buat benda tak senonoh tu!
“Engkau dah kenapa. Dah gila seks sangat ke. Geram pula kita. Okeylah, saya nak tenangkan diri sekejap yang masih terkejut ni. Nak pergi cuci mata dengan Dettol sebab dah tertengok anu yang *** tadi! Mimpi ngeri dan trauma,” tulisnya.
Akibat kejadian tersebut, Elvina mengakui trauma sehingga tidak berani untuk mengadakan IG Live selepas ini.
“Saya masih tak dapat nak lupakan. Masih terkejut dan tak tahu nak cakap apa. Masalahnya itu memang akaun kawan kami bukan akaun palsu, tapi yang masuk orang lain dan tunjuk benda tak senonoh.
“Saya trauma dan tak takut nak buat Live lagi. Dah tak berani nak jemput orang masuk dalam Live, ya Allah sangat bahaya zaman sekarang,” katanya. – K! ONLINE