"Baik concentrate Tilawah Al-Quran" – Persoal Atlet Negara Tutup Aurat Di Olimpik, Lelaki Ini Dikecam Ramai
Sunday, August 1, 2021

Umum mengetahui, atlet kelahiran Terengganu itu tampil dengan imej menutup aurat. Namun, ada individu yang menyuarakan rasa kurang senang dengan penampilan pelari negara itu.
Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang lelaki berpendapat dia tidak kisah dengan keputusan yang diperoleh oleh Azreen Nabila, namun dia berasa kurang senang dengan imej menutup aurat pelari itu di Sukan Olimpik Tokyo.
“Malaysia di tempat terakhir dalam 100 meter wanita. Saya tak kisah dia di tempat terakhir dalam 100 meter, tapi saya tak boleh terima dia berpakaian lain daripada atlet lain”
Sambung lelaki ini, Azreen Nabila seolah-olah sedang berlari ketika musim sejuk. Dia juga berpendapat jika pelari ini terpaksa tampil dengan imej menutup aurat, dia perlu berhenti bermain sukan ini dan fokus dalam pertandingan Tilawah Al-Quran.
Bagaimanapun, kenyataan berbaur Islamphobia ini menerima kecaman daripada warganet. Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat pemakaian seseorang atlet tidak mencerminkan apa-apa di dalam sukan.
Difahamkan, hantaran lelaki ini sudah pun dipadam selepas menerima kecaman yang hebat daripada warganet tempatan
Sumber Lobak Merah