“Dapat Ke Ubat Hati Dengan RM200k Tu..” Zulin Aziz Persoal Tindakan Saman Siti Nordiana
Sunday, August 1, 2021

Zulin dilihat menulis komen berbunyi “Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubat hati yang terluka..” sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang menyifatkan Zulin sebagai cemburu dan hanya meraih publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Pengajaran untuk mereka ini. Dah berusia kan semua, tak kan nak jadi mak cik pak cik bawang mengata kawan sendiri.” tulis seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu telah mengeluarkan saman RM200,000 setiap seorang terhadap Lan Solo, isteri Lan Sheila, Syura Badron dan dua individu lain selepas gagal memperoleh permohonan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang disarankan sebelum ini.
Ini berikutan kelima-lima sahabat itu ada ‘memetik’ nama Siti Nordiana dan mendakwa penyanyi itu menuduh Lan Solo menumpang populariti selama berkecimpung dalam dunia hiburan serta sesetengah pihak produksi juga enggan mengambil mereka untuk bekerja dipercayai disebabkan oleh pengaruh Siti Nordiana.
Sumber Beautifulnara