Bangga dengan pencapaian diri, air mata Dhabitah buat netizen terharu
Sunday, August 1, 2021

Nur Dhabitah Sabri berjaya menduduki tempat keempat dalam final acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita Olimpik Tokyo 2020.
Hal ini pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga walaupun gadis manis itu tidak mendapat pingat untuk sukan Olimpik keduanya.
Menerusi temubual sejurus selesai acara, air mata atlet muda itu tumpah dan membuatkan ramai warganet turut sama sebak apabila dia meluahkan rasa gembira kerana bangga dengan pencapaian diri yang mampu bersaing dengan atlet luar.
Menerusi perkongsian cuplikan video dari pengguna Twitter, dapat dilihat Dhabitah menangis sambil tersenyum apabila ditemu bual oleh wartawan Malaysia.
Dalam temu bual itu, atlet berasal dari Kuala Lumpur berkenaan memberitahu yang dia hilang keyakinan diri sebelum berangkat ke Olimpik.
Namun, setelah dapat melaksanakan terjunan dengan begitu baik dalam acara yang disertai, dia berasa sangat bangga dengan pencapaian diri berikutan perit getirnya selama menjalani persiapan ke Olimpik begitu terbalas.
"i just wanna be happy,smile and enjoy the game🥺🤍"
— 🇲🇾🇸🇩 (@delaylaaa_) August 1, 2021
we love you DHABITAH SABRI 👏🏻#GanbatteMalaysia pic.twitter.com/0cHDdlCiUR
“I nangis bukan sebab sedih tak menang, tapi sebab sangat bangga dengan diri saya…sebab semua ni sangat sukar. Saya hilang keyakinan sebelum Olimpik…semuanya. Sampai sebelum datang Olimpik pun saya macam tak pasti tentang diri sendiri.”
“Jadi, bila saya dapat perform..saya sangat bangga dengan apa yang telah saya lakukan..” kata Dhabitah.