“Beri vaksin kepada orang yang belum divaksinasi boleh lindung dari Varian Delta, bukan ‘booster shot’” – Dr Hisham
Thursday, August 26, 2021

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, booster shot untuk individu yang telah lengkap divaksinasi tidak dapat untuk menghalang varian Delta dari terus menjadi varian dominan di Malaysia.
Tapi, penyelesaian untuk menghalang varian ganas ini adalah dengan meningkatkan vaksinasi kepada orang yang masih belum menerima dos pertama vaksin.
“Sediakan booster shot untuk orang yang sudah lengkap divaksinasi tak boleh bantu untuk kawal jangkitan varian Delta.”
“Tapi apa yang boleh kawal penyebaran Delta adalah untuk beri vaksin kepada individu yang masih belum divaksinasi.”
Menurut Malay Mail, Dr Hisham memberikan peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa pemberian vaksin secara besar-besaran perlu diutamakan sebelum booster shot dipertimbangkan kerana semua orang tak akan selamat sehingga semua menerima vaksin Covid-19.
Sekurang-kurangnya dua negeri di Malaysia dilaporkan sedang membuat persiapan untuk memberikan booster shot kepada penduduk mereka.
Ahli majlis eksekutif Selangor yang bertanggungjawab untuk menjaga perkembangan kesihatan, perpaduan, wanita dan keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud telah memberitahu sidang DUN semalam yang kerajaan negeri kini sedang membuat persediaan untuk memberikan booster shot di bawah Program Vaksin Selangor.
Manakala Sarawak kini sedang dalam perancangan untuk membeli sendiri bekalan vaksin Covid-19 untuk memberikan booster shot seja bulan lepas.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan suntikan booster hanya akan dipertimbangkan tahun hadapan bagi memberikan ruang untuk vaksin seramai rakyat Malaysia yang boleh secepat mungkin.
Pun begitu, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah meminta kerajaan dunia untuk melengahkan booster shot supaya negara-negara lain yang masih mempunyai kadar vaksin rendah boleh mendapat bekalan vaksin yang cukup untuk imunisasikan penduduk mereka.
Sumber: Lobak Merah