Rekod Tertinggi! 24,599 Kes Baharu Covid-19

Rekod Tertinggi! 24,599 Kes Baharu Covid-19
Share
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19, iaitu 24,599 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 1,640,843 kes setakat ini.Sebelum ini kes tertinggi dicatatkan pada 20 Ogos, iaitu 23,564.

Sebelum ini kes tertinggi dicatatkan pada 20 Ogos, iaitu 23,564.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,936 kes.
Ia diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078), Sarawak (2,024), Kedah (1,538), Kelantan (1,312), Perak (1,170), Kuala Lumpur (881), Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526), Melaka (515), Perlis (67), Putrajaya (20) dan Labuan (3).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan Sabah, Pulau Pinang dan Johor hari ini adalah rekod tertinggi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel