“Bukan nak capai herd imuniti, ni capai kluster pusat vaksin” – [Video] Orang Ramai Bersesak Depan PPV Tanpa Jaga Jarak
Thursday, August 12, 2021
![“Bukan nak capai herd imuniti, ni capai kluster pusat vaksin” – [Video] Orang Ramai Bersesak Depan PPV Tanpa Jaga Jarak “Bukan nak capai herd imuniti, ni capai kluster pusat vaksin” – [Video] Orang Ramai Bersesak Depan PPV Tanpa Jaga Jarak](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEMvKCS6cjov57YGU4rLMjaesAgOF7XU4OhQDnXS7NvRbQ3mktGwk0_W2ZHjnkDOH9BkwgmP0ExjZAEK0QtAiXudIl2O1diFkXWSF73X7YBACmlc-x_m7hG0oaAi_wpyNZ5InlhoJDTwc3/w600/1628838449646125-0.png)
Selepas satu video dilihat orang ramai datang walk in dekat PPV Hotel Grand Season, KL semalam, muncul lagi satu video orang ramai bersesak tanpa ikut SOP.
Berdasarkan satu perkongsian dari Twitter @hadesmelayu ini, dilihat orang bersesak itu seperti tidak menjaga jarak.
Menurut sumber, kejadian ini dikatakan berlaku di PPV Dewan Seri Perdana, Lahad Datu Sabah. Kelihatan orang ramai beratur dengan rapat dibawah cuaca panas terik.
Biarpun masih belum dikenal pasti waktu kejadian, namun, sepanjang tempoh artikel ini ditulis, video tersebut dimuat naik pada sejam lepas.
Melihat video itu, individu yang kongsikan perkara ini menzahirkan rasa bimbang kerana kes kini kian meningkat.
Bersesak-sesak nak terima vaksin. Kalau macam ni, bukan nak capai herd immunity, ni nak capai kluster pusat vaksin! Kenapa pemantauan untuk penjarakan sosial tiada langsung?
— Mat Hades (@hadesmelayu) August 12, 2021
Tempat : Dewan Seri Perdana, Lahad Datu, Sabah. @KKMPutrajaya @JKJAVMY @DGHisham pic.twitter.com/iVnUDEa4VJ
"Asyik nak salahkan kerajaan tapi orang kita sendiri perangai macam ni. Sampai bila wei. Letih!"
Dalam pada itu, individu yang kongsikan video ini turut meminta agar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memperincikan perlaksanaan pengambilan vaksin secara walk in dan rancang dengan teliti.
Dia juga turut memohon agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk kaji semula SOP pengambilan vaksin.
Keluhan itu juga turut dirasai oleh netizen lain apabila melihat video ini, mereka mengatakan bahawa mereka juga dah penat berkurung di dalam rumah dalam tempoh yang lama.
Dalam pada itu, ada juga yang marah melihat kelakuan mereka yang tidak patuh SOP ini, bahkan ada netizen mendakwa perkara lebih kurang sama berlaku dekat PPV lain, ada juga yang memberikan cadangan alternatif lain supaya proses aliran pemberian vaksin ini akan lebih sistematik.
Sumber Lobak Merah