Guna alasan lepas dendam rindu, wanita dalam proses cerai ditangkap khalwat

Guna alasan lepas dendam rindu, wanita dalam proses cerai ditangkap khalwat
Share
Dalam sibuk rakyat Malaysia menjaga SOP, sepasang kekasih ditahan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet semalam.

Pasangan tersebut telah ditahan pada jam 4.20 pagi selepas pihak JAIK menerima aduan orang ramai.

Pasangan yang baru sahaja dua bulan berkenalan itu sudah beberapa kali menyewa di hotel bajet dan menggunakan alasan untuk melepaskan rindu dan berehat.

Wanita yang berusia 30-an itu sedang dalam proses bercerai dengan suaminya dan tidak mempunyai cahaya mata, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah kilang di Jitra, masih belum berkahwin.

Kedua-dua mereka disiasat Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, dan  sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Zuliaty Zulkiffli/Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel