"Dah Nak Dekat 2 Minggu Tunggu Surat Saman Dari Dia" – Che Ta
Tuesday, August 17, 2021

Menurut pelakon yang mesra dikenali sebagai Che Ta, dia tidak mahu mengambil pusing mengenai hal tersebut dan hanya akan tunggu surat saman yang sudah hampir dua minggu dinantikan olehnya.
"Terserahlah apa pun dia nak buat. Nak membebel ke, melalak ke, merentan seorang diri ke, ikut dia lah." Katanya ketika dihubungi oleh Kosmo.
Tambahnya lagi, setelah sampainya surat saman daripada pihak Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA, Che Ta dan peguamnya turut akan melakukan perkara yang sama.
Sedia maklum, semalam Diva AA telah membuat laporan polis terhadap Che Ta yang didakwa telah menulis kenyataan berunsur fitnah terhadapnya sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang selebriti.
SUMBER : Kosmo