Jangka Hishammudddin PM Baru, Caprice Jawab Soal Nak Balik Malaysia Lepas Tukar Kerajaan

Jangka Hishammudddin PM Baru, Caprice Jawab Soal Nak Balik Malaysia Lepas Tukar Kerajaan
Share
Terdahulu, pernah kecoh di media sosial mengenai isu rappers, Caprice yang tidak mahu pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini gara-gara bimbang dirinya dalam keadaan bahaya.

Malah dia juga pernah meluahkan perasaannya mengenai hal tersebut menerusi sesi live bersama Sharnaaz Ahmad dan menangis kerana terlalu emosi.

Walau bagaimanapun, semalam netizen sudah mula bertanyakan sama ada Caprice akan pulang ke Malaysia atau tidak memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan dan kerajaan bakal bertukar lagi.

Caprice yang sedar akan situasi yang kini berlaku di Malaysia itu membalas menerusi posting di Instagram dengan mengatakan dia benci apabila tekaannya menjadi betul dan memberi hint seolah-olah akan pulang tak lama lagi.

Dalam pada itu, menerusi instastory, Caprice juga telah menyatakan harapannya supaya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Tambah Caprice lagi, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan jangkaan dan pemerhatiannya yang melihat Hishammuddin calon sesuai berdasarkan ‘agenda dunia’.

Selain Hishammuddin, Caprice juga memilih Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin.

"Yang paling sesuai dengan agenda dunia ialah Hishammuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa dia baru berjumpa atau siapa di belakang dia, apa dia buat baru-baru ini,” katanya.

Kredit dan sumber: Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel