“Dalam keluarga ni tak pernah ada sejarah susah hamil” – Adik Ipar Hamil Dulu, Wanita Diperli Keluarga Mentua
Tuesday, August 10, 2021
Bukan setakat jodoh dan ajal tetapi zuriat juga adalah atas kehendak dan ketentuanNya. Sebagai manusia, kita seharusnya lebih peka untuk tidak berkata sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain apabila ia membabitkan hal zuriat.
Kadang kala, apa yang lebih pahit adalah keluarga atau kawan-kawan sendiri yang persoalkan tentang kehamilan. Itu yang berlaku kepada seorang isteri ini yang diasak dengan soalan ‘kenapa belum mengandung’ oleh keluarga mentuanya sendiri.
Melalui perkongsian wanita dari Indonesia itu di TikTok, ibu mentua dan kakak iparnya sendiri telah menyinggung perasaannya dengan bertanyakan soalan tersebut. Bukan itu saja, mereka malah turut membandingkan serta memerlinya hanya kerana masih belum disahkan hamil.
Menurutnya, dia ditanya tentang kehamilan kerana sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga namun masih belum ada khabar berita bakal menimang cahaya mata. Bukan itu saja, kakak iparnya juga turut membandingkannya dengan adik ipar yang nikah lebih lewat daripadanya namun sudah hamil.
"Kamu belum isi (hamil) juga? Udah mau setahun loh nikah masa belum isi juga sih.”
@kekekenanga Sesek banget emang 🥺🥺 #fyp
♬ Denting - Fadhilah Intan ✨
Itu adek kita aja udah hamil loh, padahal nikahnya kan duluan kamu.”
Lebih menyedihkan buatnya, ibu mentua sendiri seolah-olah menyalahkannya kerana sehingga sekarang masih belum hamil. Malah, dia turut berkata tiada lagi sejarah dalam keluarga lambat mendapat anak.
"Coba kamu check lagi. Kasian itu anak saya udah pengen punya anak tapi kamu nggak bisa kasih.”
Di riwayat keluarga kita, gak ada loh kasus yang susah punya anak gini."
Melalui ruangan komen pelbagai reaksi dan respon diberikan oleh netizen yang menonton video tersebut termasuklah dari Malaysia. Kebanyakannya adalah golongan kaum Hawa dan rata-ratanya menzahirkan rasa simpati mereka terhadap wanita tersebut lalui situasi sebegitu.
Ada yang berkongsikan pengalaman lalui perkara yang sama, segelintir dilihat memberikan sokongan dan kata-kata semangat dan beberapa netizen berkata mereka bersyukur tidak mempunyai ipar atau mentua yang sebegitu.
Sumber: Lobak Merah