RINTIHAN PENIAGA TIADA SIAPA PEDULI - DATO SIVAKUMAR
Tuesday, August 10, 2021

Kuala Lumpur 10 Ogos ‘21- Semakin hari dengan kemarakkan kes Covid yang menjadi-jadi dan Perintah Kawalan yang berlarutan hampir tiga bulan, nasib peniaga-peniaga menjadi tanda tanya.
“Saya mohon kepada Kerajaan dan pihak berkenaan yang bertanggungjawab di atas peniaga-peniaga kecil dan perniagaan
tempatan untuk turun padang bagi bertanyakan masalah, rintihan dan memantau keadaan semasa golongan-golongan ini. Saya yakin mereka juga antara yang terkesan dengan akibat pandemik Covid19 yang telah melanda lebih dari setahun,” seru Dato Sivakumar, Pengerusi NGO DSK.
“Golongan peniaga ini juga berada dalam keadaan yang sangat tenat dalam mengharungi cabaran pandemik ini.”
Dato Siva turut berpendapat banyak perniagaan yang tidak dapat beroperasi seperti biasa serta terpaksa di tutup premis perniagaan dalam jangka masa yang agak panjang. Ada juga di antara mereka yang terpaksa gulung tikar. Ini kerana mereka tidak dapat bertahan untuk menanggung kos yang tinggi jika meneruskan operasi/ perniagaan mereka.
“Selain gaji pekerja yang perlu ditanggung, sewa kedai/premis juga perlu dibayar bagi sesetengah peniaga yang menyewa. Ia amat memberi kesan kepada mereka di mana bayaran sewa perlu dibayar seperti biasa pada setiap bulan walaupun tidak beroperasi.”
“Namun begitu tidak boleh dinafikan ada juga sesetengah pemilik premis telah mengambil inisiatif sendiri dengan rela hati tidak mengenakan sebarang bayaran sewa atau memberi diskaun pengurangan bayaran
sewa kepada penyewa, tetapi bilangan Tuan premis yang sebegini amat sikit.
Walaubagaimanapun, kita berterima
kasih atas usaha mereka untuk sama-sama membantu dalam meringankan beban golongan peniaga-peniaga yang terjejas. Tidak semua pemilik premis/kedai akan memberi pengurangan kadar bayaran sewa ini mungkin juga kerana tiada akta atau sebarang undang-undang khas yang diperuntukkan untuk isu seperti ini,” ujar beliau.
“Bagi golongan peniaga yang mempunyai premis sendiri masih dalam bayaran dengan pihak bank, mereka agak bernasib baik kerana terdapat beberapa kaedah dan cara bayaran yang telah disediakan oleh pihak bank. Mereka boleh terus membuat permohonan dan memilih kaedah yang bersesuaian. Walaupun ada sesetengah bank meletakkan syarat dan memerlukan beberapa proses dalam permohonan pengurangan/ pengecualian bayaran sewa premis, ia tidaklah menyukarkan pihak peniaga malah lebih baik kerana terdapat akta baru yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk pengurangan bayaran melalui moratorium.”
Berbanding dengan nasib peniaga-peniaga yang menyewa, tiada sebarang akta atau undang-undang berkaitan isu bayaran sewa yang boleh digunakan dalam keadaan tertentu.
“Saya percaya golongan-golongan ini menaruh harapan yang amat besar kepada pihak-pihak yang berkaitan dan kerajaan untuk sama-sama membantu mereka dalam usaha menagani masalah ini. Mungkin dengan mewujudkan akta atau undang-undang berkaitan pengecualian/ pengurangan sewa semasa keadaan darurat atau semasa keadaan tertentu, ia sangat
membantu peniaga-peniaga yang menyewa. Sekurang-kurangnya golongan ini tidak terlalu
terbeban dengan masalah tanggung kos yang tinggi.”
“Golongan peniaga ini adalah penyumbang kepada ekonomi negara dan tidak seharusnya mereka dilupakan tanpa ada yang mengambil kira permasalahan yang mereka
sedang hadapi pada ketika ini.”
“Saya amat berharap rintihan dan permasalahan golongan peniaga ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan sebelum lebih ramai peniaga gulung tikar,” seru Dato Siva.