Disamakan Dengan Sajat, IG Mimi Lana Jadi Sasaran Komen Lelaki Gatal
Tuesday, August 24, 2021

Pelakon cantik, Mimi Lana mencuri perhatian ramai apabila didakwa semakin seksi di media sosial, Instagram.
Meninjau ruangan Instagram Mimi, memang semakin cantik pelakon drama Hati Yang Tersakiti ini sekaligus mengundang komen-komen nakal lelaki hidung belang.
Malah, ada yang bertindak menyamakan Mimi dengan usahawan kosmetik terkenal, Sajat dan juga ‘body shaming’.
Menerusi gambar tersebut, Mimi dilihat memakai singlet putih dan gayanya seolah sedang menghirup udara segar. Meksipun ramai yang memuji kecantikan pelakon itu, ada juga yang meninggalkan komen body shaming.