Lelaki kantoi curang selepas isteri nampak gambar saman suaminya membonceng wanita lain

Lelaki kantoi curang selepas isteri nampak gambar saman suaminya membonceng wanita lain
Share
Pihak berkuasa Thailand menghantar surat saman kepada seorang penunggang motosikal berserta dengan gambar dirinya melakukan kesalahan.

Namun, surat itu diterima dan dibuka oleh isterinya yang mendapati lelaki itu membonceng seorang wanita yang tidak memakai topi keledar.

Menyedari wanita dalam gambar itu bukan dirinya, apatah lagi tidak mengenali wanita itu membuatkan dia berasa curiga.

Lapor media tempatan, si isteri kemudian menyoal siasat suaminya mengenai pembonceng misteri itu. Tetapi tidak diketahui apa yang berlaku selanjutnya sama ada si suami berjaya melepaskan diri atau terpaksa berdepan dengan isterinya.

Sementara itu di media sosial, netizen berkata, sistem pengesan kesalahan lalu lintas polis trafik telah menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Sumber: Thai Smile Topic

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel