Individu lengkap vaksinasi boleh rentas daerah, makan di restoran - PM

Individu lengkap vaksinasi boleh rentas daerah, makan di restoran - PM
Share
Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan kelonggaran untuk individu yang lengkap vaksinasi ialah dibenarkan merentas daerah dibenarkan di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya, aktiviti solat di masjid dan surau begitu juga penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat.

“Aktiviti dine-in atau makan dalam premis restoran dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 PPN dan seterusnya dan aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan,” katanya menerusi perutusan khas sebentar tadi.

Perdana Menteri juga berkata, pengembara warga negara dan rakyat asing yang pulang atau tiba dari luar negara serta sudah mendapat vaksin lengkap dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Katanya, mereka kemudian akan diberikan perintah pengawasan di rumah (HSO) digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel