Jauh ke depan, Nurul Izzah dah buat usul banjir di Parlimen bulan lepas lagi
Thursday, August 19, 2021

Selepas insiden air pasang di Kedah, nama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah hari ini menjadi perhatian netizen setelah kejadiant itu dikaitkan dengan usul yang telah dibawanya di parlimen pada Julai lepas.
“Kami sudah mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri, NAHRIM, JPS, pejabat daerah menyediakan pelan rapi perancangan menjelang banjir nanti”
“Kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir dikala pandemik”
Tgk banjir kat Kedah,YB Izzah dah usul pasal persediaan hadap Pandemik+Banjir bulan lepas kat Parlimen..Usul ni tak terpikir kat kepala otak mana2 MP tapi dia dah boleh nampak..Tgk dia punya standard jauh tinggal yg lain.. https://t.co/Zl2FroRk7R — Daoh King (@DaohKing1) August 18, 2021
Permatang Pauh MP Nurul Izzah has urged the government to take into account the incoming monsoon season, in the National Recovery Plan.
She also appealed to Putrajaya to not take action against contract medical officers involved in the #HartalDoktorKontrak protests.
📹: RTM pic.twitter.com/WpDLmEACPR— BFM News (@NewsBFM) July 26, 2021
Usul yang telah dibangkitkan beliau menjadi tumpuan netizen yang rata-rata memujinya sebagai seorang yang berfikiran jauh ke hadapan, memandangkan Ahli Parlimen lain dikatakan lebih fokus terhadap peralihan kuasa.
YB Nurul Izzah juga menegaskan bahawa pelan menghadapi banjir sewaktu pandemik ini perlu diambil kira dalam Pelan Pemulihan Negara dengan lebih serius khususnya bagi pihak Kementerian Kewangan.
“Isu ini adalah once in a lifetime. Lagi-lagi kita dalam pandemik, kita dapat melihat kerapuhan dan kelemahan sistem dan kita ada peluang untuk perbaiki”
Selain itu beliau turut menekankan isu kebajikan apabila datangnya musim banjir atau malapetaka, lebih-lebih lagi sistem kesihatan yang perlu diambil kira.
Sementara itu, terdapat netizen yang mencadangkan Nurul Izzah sebagai calon yang layak diangkat sebagai Perdan Menteri atau pun Menteri.
Pemikirannya yang berpandangan jauh itu mengagumkan netizen yang mengharapkan negara kita dipimpin oleh barisan kabinet yang bijak.
Kredit: ohmymedia.cc