(VIDEO) Hampir 9 Bulan Tak Jumpa, Reaksi Anak Kecil Bertemu Ibu Buat Ramai Sebak

(VIDEO) Hampir 9 Bulan Tak Jumpa, Reaksi Anak Kecil Bertemu Ibu Buat Ramai Sebak
Share

Bukan senang boleh dikatakan untuk seorang ibu bapa bekerjaya, apabila terpaksa berpisah jauh dengan anak-anak di rumah untuk satu tempoh yang lama.

Cuba bayangkan perasaan wanita ini, apabila dia terpaksa berada di perantauan atas komitmen kerja dan berpisah dengan anak yang masih kecil berbulan lamanya.

Untuk ibu bapa di luar sana, apa yang anda akan rasa bila terpaksa untuk berjauhan dengan anak masih kecil dalam satu tempoh yang lama? Mesti banyak perkara bermain di fikiran ketika itu ditambah pula dengan rasa rindu yang menebal.

Baca Juga


Itulah dirasai oleh seorang wanita ini, apabila videonya yang dimuat naik kurang daripada tempoh 24 jam ini menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian @ymsfaralhaqq, dia menunjukkan reaksi anak kecilnya ketika dia pulang ke rumah selepas lama tak bertemu.

Dalam video itu, ketika wanita dikenali sebagai Puan Farlinie tersebut muncul di pagar rumahnya, anaknya seperti tak percaya dan terus berjalan ke arah ibunya dengan perlahan sambil menangis. Paling menyentuh hati, apabila kedua anak-beranak tersebut menangis sambil berpelukan.

Menurut wanita tersebut, dia tak menjangkakan reaksi sebegitu dari anaknya sebab dia kan mengelak setiap kali mereka video call bersama.
close

Posting tersebut mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi daripada golongan wanita yang seakan faham dengan perasaan ibu dan anak tersebut.

Selain itu juga, Puan Farlinie menjelaskan yang mereka terpisah lama sebab komitmen kerjanya di Arab Saudi. Dia turut memberitahu bahawa sebelum pandemik ini melanda, anaknya tinggal bersama dan mula menghantarnya pulang ketika pandemik ini berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, nyata video tersebut membuatkan rata-rata netizen jadi sebak. Di samping itu juga, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dilalui oleh Puan Farlinie itu.

Sumber dan Kredit: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel