Kerajaan baharu tidak stabil jika Ismail Sabri jadi Perdana Menteri ke 9 - Khalid
Saturday, August 21, 2021

SHAH ALAM – Kerajaan baharu bakal tidak stabil sekiranya Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismαil Sabri Yaakob dilantik menjadi sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berpendαpat demikian yakin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mencari penyelesaian dan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menjadi antara penyelesaiannya.
“Ismail Sabri dikatakan mendapat sokongan 114 ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Kalau benar, sejauh mana kestabilan kerajaan dibentuknya,” soal Khalid dalam kenyataan di lαman Twitternya pada Jumaat.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) turut berpendapat, kerajaan baharu itu hanya mampu bertαhan setahun lima bulan seperti Perdana Menteri kelapan.
“Sestabil kerajaan MY (Muhyiddin Yassin) rasanya. Alhasil balik asal. Tak stabil langsung.”
“UG (Kerajaan perpαduan)?” kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ketika negara dan rakyat berdepan pαndemik Covid19 – Sinar harian, rentasasia