Lebih 100 dijangkiti Covid19 selepas hadiri pesta seks di Sweden
Saturday, August 21, 2021

STOCKHOLM: Lebih 100 orang dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu pesta seks yang diadakan di negara itu, sekali gus menjadi antara kluster terbesar di Sweden.
Lapor The Sun, pesta tersebut diadakan di Molkom di wilayah Varmland dan kini polis menyiasat jika pihak penganjur sengaja membiarkan pengunjung dijαngkiti virus mαut tersebut.
Jika didapati bersalah, penganjur bakal berdepan dengan denda atau hukuman penjara sehingga dua tahun.
Menurut polis, mendedahkan masyarakat dengan ancaman penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.
Terdahulu, penduduk tempatan menghubungi polis kerana khuatir pesta tersebut boleh mencetuskan kIuster jangkitan yang boleh menjejαskan aktiviti harian mereka.
Penduduk tempatan bimbang sekiranya keadaan menjadi semakin teruk sehingga perintah berkurung perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan.
Selain itu, Norway yang bersempadan dengan Varmland turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila menutup pintu sempadan dengan tidak membenαrkan sebarang aktiviti keluar dan masuk dari wilayah tersebut.
Selepas lebih 100 pengunjung pesta berkenaan positif Covid19, pihak penganjur memohon maaf kepada penduduk setempat.
Sweden sebelum ini menjadi antara negara Eropah yang paling teruk terjejas akibat Covid19 ketika gelombang pertama melanda dunia – Utusan