“Last Masa Nikah..,”Netizen Mula Tanya Mana Suami Noor Nabila

“Last Masa Nikah..,”Netizen Mula Tanya Mana Suami Noor Nabila
Share
Seperti pasangan lain yang baru mendirikan rumah tangga pasti teruja untuk berkongsi gambar bersama. Lebih-lebih lagi ketika sambutan hari raya. Namun kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila, berkongsi gambar dirinya tanpa suami di sisi.

Hal ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga antara Noor Nabila bersama suaminya iaitu Engku Emran.

Menerusi gambar yang telah dimuat naik oleh Noor Nabila itu sendiri di akaun Instagramnya, kelihatan dia berseorangan tanpa ditemani oleh suaminya.

Rata-rata warganet bertanyakan mengenai di mana suaminya, Engku Emran setelah bergelar suami isteri pada 19 Mac lalu.

Lantas netizen membuat konklusi tersendiri. Ada yang mendakwa suami Nabila yang mengambil gambar isterinya itu, ada juga yang mengatakan mungkin suaminya bekerja di hari raya. Walau bagaimanapun, Nabila tidak memberi sebarang respon terhadap pertanyaan itu. Kali terakhir Nabila memuat naik gambar suaminya ialah ketika majlis pernikahan Neelofa.

‘Mana gambar dengan suami?’

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel